7 Langkah Memulakan Perniagaan Internet Bagi Newbies
- Saturday May 8,2010 07:54 PM
- By Web Master
- In Uncategorized
Memulakan sebuah bisnes atau perniagaan secara online tidaklah begitu susah atau berat sebenarnya jika kita mahu memahirkan diri mengenai selok belok perniagaan internet tersebut. Masalah yang sering dihadapi oleh orang-orang baru yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet ini adalah terlalu cepat inginkan pulangan, baru berjinak-jinak tak sampai sebulan dua, tapi bila tidak dapat hasil dan pulangan yang lumayan, mereka terus berputus asa.
Jika kita tahu kaedah sebenar bagaimana dengan mudah memulakan perniagaan internet. Sudah tentu kita tidak akan menoleh atau berfikir panjang untuk memulakannya. Selain itu, setelah menjalankan perniagaan internet anda dan perniagaan tersebut mula menghasilkan wang, tentu anda tidak akan mahu bekerja secara offline lagi.
Jadi, bagaimana? Saran saya, ikuti langkah-langkah mudah dalam urutan ini untuk mula membina perniagaan internet anda. Tapi anda harus ingat, langkah-langkah berikut adalah panduan asas untuk kita memulakan sesebuah perniagaan internet, dan saya hanya ingin memberikan gambaran jelas tentang bagaimana ianya dilakukan, dan saya tidak menjanjikan keuntungan puluhan ribu ringgit kepada anda.. ok? Tujuan saya adalah untuk membantu anda faham sahaja.
1. Tentukan Tujuan Perniagaan Internet dan Modal Anda.
Pertama, tanyakan kepada diri kita “apakah tujuan apabila anda memulakan perniagaan internet?” semestinya “Membuat wang” bukan?. Maksud saya, apa tujuan perniagaan internet anda, untuk mendapatkan pelanggan baru atau untuk menyediakan perkhidmatan? Atau mungkin untuk memberikan pendidikan pada target pasaran anda? Atau untuk membuat komuniti online? Dalam tahap ini juga menentukan berapa banyak wang yang akan dilabur. Memiliki arah dan kewangan pelaburan yang jelas akan membuat anda mengambil langkah-langkah lebih berkesan.
2. Tentukan Target Pasaran Perniagaan AndaDalam perniagaan moden perlu ada segmentasi atau target pasaran bagi menentukan dengan jelas siapa yang akan menjadi target pasaran anda. Apakah semua lelaki dan wanita? Berapa umur mereka? Bagaimana keadaan sosial-ekonomi dilakukan dan bagaimana pendapatan mereka? Apa kata kunci yang digunakan didalam mesin carian biasa? Adakah perlu secara detail? Ya, lebih detail lebih baik! Semakin anda memahami target pasaran anda, semakin mudah bagi anda untuk menarik mereka.
3. Mengenali PesaingMengetahui dan memahami pasaran perniagaan internet anda. Berapa ramai pemain di sana? Bagaimana tentang produk mereka? Pasaran yang masih banyak peluang? sehingga anda dapat menentukan dimana kedudukan terbaik anda untuk berjaya dalam pasaran ini. Bagaimana mengetahui pesaing anda, cubalah untuk menyemak Alexa.
4. Selidiki Kaedah Pemasaran Anda
Orang-orang yang memiliki bisnis online yang berjaya biasanya memiliki strategi pemasaran yang baik, sekiranya kita mempunyai produk yang berkualiti tinggi sekalipon, tetapi kita gagal menukarkan prospek kepada pembeli, itu bermakna pemasaran yang dijalankan telah gagal.
5. Mengatasi MasalahSebab utama mengapa orang membeli atau menggunakan perkhidmatan anda untuk menyelesaikan masalah mereka. Ingat ini! Dan tanyakan pada diri sendiri apakah produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka? Bagaimana produk anda dilakukan? Dan apakah penyelesaian yang perlu anda diambil dalam menawarkan nilai yang lebih dari pesaing anda?
6. Membuat Papan Tanda Internet Perniagaan AndaCara pertama adalah dari nama domain. Ini adalah perbezaan antara perniagaan internet anda dengan yang lain. memilih dot com. Kerana internet telah identik dengan dot com. Dalam memilih nama domain, ada tiga trend yang saya lihat.
- Pertama, kebiasaanya para pengusaha menggunakan nama pemilik perniagaan.
- Kedua, menggunakan nama perniagaan.
- Dan ketiga, dengan menggunakan kata kunci yang paling sering digunakan oleh pengguna internet.
Proses penyediaan perniagaan Internet juga harus mengambil kira pembinaan sesebuah laman web perniagaan secara online, ini dapat dilihat dan dinilai dari segi penjenamaan dan paparan sesebuah laman web (template atau rekabentu laman web, font, warna), kandungan (Copywriting, rencana, podcast, video), dan perkhidmatan.
Tidak sulit bukan? Ya, sekiranya anda mahu memahirkan diri dan mengambil tahu kaedah dan langkah-langkah untuk membina sesebuah laman web perniagaan internet, sudah tentu anda dapat menjimatkan kos pembikinan perniagaan tersebut.
Dengan menerapkan keenam langkah ini, saya yakin tidak akan ada lagi yang boleh dikatakan sukar untuk mulai melakukan perniagaan dan berusaha menghasilkan pendapatan.
7. Lupakan KesempurnaanJangan mengharapkan semuanya berjalan dengan sempurna, apabila anda merintis perniagaan baru. Akan selalu ada masalah dan halangan, ini adalah lumrah dan asam garam bagi mereka yang menceburkan diri dalam apa juga perniagaan baik secara internet mahupun secara konvensional. Pada saat seperti ini, sikap realistik dan kesabaran anda diperlukan. Saya yakin tidak ada sesiapa yang berjaya tanpa melalui kegagalan terlebih dahulu. Oleh itu dalam menjalankan perniagaan internet, fokus dan konsisten pada sesuatu perniagaan itu sangat diperlukan.
Selamat mencuba..
Leave a reply